ReaLiTi SebUah KeHiduPan



Click here for Myspace Layouts

Thursday 20 September 2012

#11 Event Karnival IKS

Assalamualaikum wbt..

salam 1 malaysia..
berjumpa lagi kita dalam rancangan "realiti sebuah kehidupan"
( hrmm berangan je lar keja ko kn nk ade tv show sendiri..puiii )
ok2..kita sambung balik..
korang semua mcm mane hari nie?
ade baik ke tak de baik?
harap semuanya dalam keadaan baik..Insyaallah..

ok..entry kali nie aku nak cerita sikit pengalaman aku kena conduct event
"Karnival Iks 1 Malaysia"
korang tau tak ape benda IKS tu?
ke tak penah ambik tau langsung?
sape yang tak, meh sini aku nak story sikit pasal IKS..
IKS tu " Industry Kecil Sederhana"
dye jual barangan2 mcm kerepek, sos cili,sos char kuew teow, labu sayong
and macam lagi lar..
( bole d'katekan product yg tak berapa nak kenal lagi kat malaysia market)

Karnival nie, aku punya last assessment utk subject SPO (diploma) aku..
mesti korang nak tanye SPO tu ape kan?
SPO tu " Sales Planning and Promotion"
dalam subject nie dye nak latih kita as a student,
 macam mana cara untuk market kan sesuatu product yg tak establish lagi..
haaa lebih kurang macam tu lar..
(nak tau lebih g jumpa lecture aku..hahahha)
sambung balik..kat mane tadi..? 
adoyaiii...lupa pulak..( aku nie dah lar cepat lupa )

subject SPO nie d'pantau oleh 2 orang lecturer iaitu
Puan Jun Juhaizi Johari ( ibarat seorang ibu yang penyayang )
dan
Puan Noliza Ramli (seorang yang comey, pandai bercakap, (macam turbo)
dan suka buat org cuak)..
dalam subject nie kita orang dibagi tugas untuk conduct 1 event..
means 1 batch aku kena pikir kan event ape yang sesuai utk kitorang buat..
first meeting pilih ahli jawatan kuasa dengan JKKK skali..hahahah
( JKKK tu aku tipu..dah macam ketua kampung punya meeting pulak)...
dan setiap ahlil jawatan kuasa ade anak2 buah dorang..
d'pendek kan cerita...lepas je kitorang meeting dengan 1 batch..
maka dengan ini. mengishtiharkan bagi duli-duli yang maha mulia, raja-raja dan permaisuri agung mengishtiharkan bahwasanya nama bagi karnival kita orang ialah
dum..dum..dum...( bunyi drum sikit )
 "KARNIVAL IKS 1 MALAYSIA"...
( hahahahah dah macam pengumuman hari raya pulak )..
tak pe bedal je lar...
dengar bunyi 1 batch msty korang ingat kitorang ramai kn?
padahal aku punya batch ade 36 orang sahaja..
9 orang lelaki dan selebihnya perempuan ..
( mesti korang nak cakap "sikitnya..!! kn3? 
tapi memang sikit pon..hahahaha..

then decided tarikh utk event pulak...
tarikh utk event kitorang pada 7 & 8 April 2012..( dah lepas dah..rugi korang tak g)
konon pilih tarikh ngam2 soi bajet semua orang dapat gaji time tu...( kononnya la kan )
bertempat d tapak MRCB, seri iskandar (dorang sponsor tapak..tp cerewet gile..)
alamak tergumpat pulak..sorry tuan haji..
first meeting done with set tarikh, tempat, bajet and activity..
bajet sendirian berhad
sponsor kena cari sendirian berhad (wajib )
deal dgn org kerajaan sendirian berhad
pendek kata semua kitorang buat sniri..
benda paling malas skali ak nak kena buat surat
dan deal dengan banyak company2 dan jmpe kerajaan
contoh mcm majlis daerah perak tengah dan lain2...
( lecey gile..turun naik tangga, surat salah format..haish macam2)
cyez susah sangat..
nak deal dgn agensi kerajaan selalu kena follow up..
(lecturer aku slalu ingat kan)
hrmm..rindu pulak kat lecturer aku..

ok sambung..( kang lupa lagi..hahahha )
untuk karnival nie, banyak aktiviti yang kitorang rancang
tp biase lar ade yang jadi and ade yang tak jadi..
antara kenangan dlm event nie
 "bile suruh bg idea aktiviti ape yg nak buat,
semua main belasah je pilih yg gempak2..
( punya semangat jerit nk suruh tulis jugak idea dorang kat whitebot )
adoiii..lawak2
mesti korang penah mcm nie kn?
last2 kena reject..hahahahaha

objectives utk karnival nie 1 je
"untuk memperkenalkan serta mengetengahkan product2 industri kecil dan sederhana kepada orang ramai"
kitorang d'bagi tugas mcm nie..bkn kitorang saje2 mintak nak buat IKS nie..
antara aktiviti yang ade pada hari berkenaan
mytv3 (ade artis eka AF9,wana My starz LG, almy nadia) sukaneka, larian, senamrobik, booth jualan, playland, ( sidang akhbar) sinar harian, metro, bizzoom, radio perak, pameran dan demonstrasi polis dan bomba dan mcm2 lagi..
time nak setting event punya lar payah..
macam2 hal yang jadi..
maklum la tak cukup kaki tangan..terpakse import junior jd sukarelawan
( tapi kebajikan sukarelawan dijaga ok )
benda yang best dan kenangan utk ak jugak
time kitorang semua lepak pasar malam untuk edar pamphlet psl event kitorang..
bkn tu je..dlm mase sama kitorang kena cari peserta untuk jadi ahli mytv3 jgk..
bebuih mulut aku nie nak promote suruh join jadi ahli mytv3..
abis keluar semua skill2 marketing yang aku belajar selama 4 tahun..
tiap2 minggu kita menepek muke kat pasar malam yang same..
tapi hasilnya berbaloi..dapat ahli mytv3 lebih drp 400 orang..
dlm mase sama kitorang ade jgk edar pamphlet rumah ke rumah..
semua kitorang buat pasal event nie..
kitorang struggle khas untuk lecturer madam jun
yg dh banyak pening kepala pikirkan psl kitorang 1 batch..
( kecian madam )..sob3
aik??? tibe2..buat cerita sedih pulak kn..

berkat susah payah kami 1 batch akhirnya terhasil..
kitorang semua struggle and bekerjasama time hari event..
Alhamdulillah karnival IKS nie mendapat pujian daripada ramai pihak..
dan kitorang jugak dapat beberapa tawaran utk handle event..
rasa bangga gila sebab sampai dapat tawaran tu..
tapi sayang..kitorang tak boleh terima tawaran sebab nie last sem kitorang punya diploma..
itu lah cerita serba sedikit kenangan untuk Karnival IKS 1 Malaysia nie..
semua kemeriahan kenangan utk Karnival nie telah diabadikan dalam gambar2..

pengajaran dalam event nie :
1. kita kena bekerjasama antara satu sama lain
2. bertolak ansur dan elakkan salah faham atau pergaduhan
( kalau ade masalah cepat2 selesaikan )
3. jangan mudah melatah tentang sesuatu perkara
4. mendengar nasihat serta pendapat orang laen

so macam biasa, aku ade lar sikit beberapa gambar khas untuk korang semua..
harap korang boleh bayang kan kemeriahan waktu event nie berlangsung...
enjoy the moment..

kerja2 pemasangan banner dan bunting sedang d'jalankan
 oleh krew2 team member pada waktu pagi di sekitar area
daerah perak tengah..

( warning ) jangan tiru aksi merbahaya ini..!!!
tengok 1 keta pown xde..
semua orang seri iskandar dh tdo



sabtu
7/4/2012
pada hari sabtu karnival dimulakan dengan senamrobik
pada jam 7.30 pagi.. 
antara peserta2 larian yg turut menyertai 
senamrobik sebelom memulakan acara larian
acara larian 3 kategori lelaki, wanita dan veteran


slot di isi oleh geng mytv3
serta 3 barisan artis wana mystar LG, eyka AF9 dan elmy nadia

pertunjukan silat sebelum perasmian 
bagi karnival IKS 1 Malaysia

 antara barisan yg turut sama hadir utk memeriahkan sesi
perasmian dan ucapan drp YB Nizar

perasmian karnival

playland khas untuk kanak2


aktiviti petang bersama pengunjung, krew serta barisan artis mytv3
isi air dalam botol

lompat guni
adk yg comel nie..masuk pertandingan cari gula2 dlm tepung
(tp dye gigit tepung..hahaha..layan lar adk kn)

 

artis & krew mytv3 yg sempat bergambar 
dengan peminat 

love egg
(baling kepada pasangan kalau pecah dye kalah)
pancing botol
( nampak macam senang 
tp bepeluh jgk lar adik2 kita nie nak pancing botol..
baju kuning tu name dye alif..kena bg perhatian lebih..jeng3x 
sebab byk kali main tipu..hahahha..just 4 fun

 antara pengunjung yang datang memeriahkan karnival

barisan krew perempuan

 pertandingan tarik tali wakil drp pihak MRCB (atas)
dan PENGUNJUNG (bawah)

 tarik tali wakil perempuan drp MRCB (atas)
dan KREW KARNIVAL (bawah)


 penyampaian hadiah
 aktiviti malam
ceramah oleh ustaz munawir
 persembahan nasyid wakil drp pihak ustaz munawir


ahad
8/4/2012
 demonstrasi drp bomba & boleh d'cuba oleh pengunjung
atas sambutan yg memberangsangkan,
 kami mengadakan aktiviti sukaneka lagi..
(sesi pendaftaran)

antara barangan IKS yg terdapat di booth ialah 
Labu Lambor dan Sos Char Kuew teow dan byk lagi..

 aktiviti bersama krew2 karnival, mytv3 dan artis
barisan krew lelaki yg basah kuyup 
d'sebabkan oleh hujan lebat pd petang hari ahad..
(ak snap pic nie..so xde gambo ak..hahahha)

 lepas hujan benti..aktiviti sukaneka di jalankan semula...

pertandingan antara KREW LELAKI KARNIVAL (atas)
dan wakil drp MRCB (bawah)
dan di menangi oleh KREW LELAKI KARNIVAL...
tak sangka badan yg kecik mcm kitorang
 boleh mengalah kan pihak lawan yg badannya besar2...
bangge kejap..hahahha


sesi bergambar selepas selesai event bersama semua krew2 karnival
 dan barisan artis serta mytv3 geng yang hadir..
 


kenangan terindah bersama rakan-rakan tak dapat dilupakan..
peace yooo..
sekian entry aku kali nie..
kalau ade cadangan atau comment
sila email kan ke alamat yg tertera di kaca televisyen anda..
hahahaha..gurau je
comment kat checkbox pown boleh..
terima kasih...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...