ReaLiTi SebUah KeHiduPan



Click here for Myspace Layouts

Friday 13 January 2012

#06 Taubat

Tiada manusia yang tidak membuat salah,
Sedang kesalahan itu seumpama setitik kotor,
Bila besar kesalahannya besarlah titik kotornya,
Dan,Bila kecil kesalahannya, kecil pula titik kotornya,

PAdahal,Benda yang kotor itu mesti dibersihkan kerana tabiat manusia tidak sukakan yang kotor, Sebab itu apabila ada kotor yang menempel dipakaiannya,
lekas2 dicuci dan dibersihkan sebab nampak oleh mata kasar,

Tapi dosa,
Kotorannya bukan pada pakaian tapi pada hati yang tersimpan dalam dada
dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar, MAlah jika dada dibelah dan dikeluarkan hati, masih tetap kotoran tidak nampak, bahkan bekas pun tidak ada,

Tetapi...
IA dapat dilihat dari kelakuan dan tingkah laku,
berkesan pada amalan dan kepercayaan,
samada mendekatkannya ke syurga atau menenggelamkannya dalam maksiat
yang
bakal menjerumuskannya dalam neraka,

LAntaran itu,
membersihkan diri itu sangat penting dan perlu dalam hidup ini,

MAka inilah pintu TAUBAT yang dibukakan ALLAH untuk kita terutamanya
dalam bulan RAMADHAN ini sebagai cara untuk mengubati diri yang berdosa dan
mengembalikan kita ke jalan yang diredhoi ALLAH TAALA, INSYA ALLAH.

Thursday 12 January 2012

#05 Sifat Wanita Yang Menawan Hati Jejaka



Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

#04 First Korean Movie


Assalamualaikum..,
rase nye lame aku dah UPDATE blog nie..
hari nie aku nak cite cikit psl cite "KOREA"..
PENAH TENGOK CITE KOREA?

gambar dekat atas tu, one of the korean movie, tajuk dia "HEARTSTRINGS"..
cite heartstring nie la was the first korean movies yang ak tengok..
sebelum nie, ak xpenah langsung tengok cite korea..
dulu-dulu bile time mber ak tengok cite korea..ak kutuk dowg..
"Pergh pe barang layan cite korea"..
tapi tu dulu ar..hahahah..
but now..ak pulak tengok cite korea..ADOYAII..!!
sebenar nya ak tak suke tengok cite korea nie..xtau sbb ape..
tapi tah mcm mane tah de sehari tu ak lepak kampung with my cousin..
"TER" layan cite korea..
time tu balik weekend je..
yang ak start bole layan cite korea nie
ak tengok ar cousin ak nie..gelak-gelak asal an..WAYAR PUTUS ke??hahah..
lepas tu..ak pon pe lagi..pegi skodeng ar pe dia buat..
 tengok-tengok dia layan cite  korea daaaa..
then ak tanye ar dia, ape yang best sangat cite korea nie?
sume orang gile-gila sangat cite korea..
then cousin ak cakap..
"CER KO TENGOK DULU CITE DIE"..
ak pon..hrmm layan je ar kejap an..lagi pon ak xtau nak buat ape..
suddently..ak cakap dalam hati ak
"ALAMAK CITE NIE BEST AR PULAK"
character heroin dia "CUTE GILE"..
may be that why ak start suke kowt..
ak pon layan ar cite korea tu sampai petang ngn cousin ak tu..
lame jugak ar..
dah macam-macam posisi ak uat..
KUAT LENTANG?
TONGGENG?
 sume dh..sakit badan ak..
maklum ar slalu klo ak tengok movie pertengahan cite ak dah tetido..
HAHAHA..!!

esok nyer ahad ak dah nak kne balik rumah sewa..
cite korea tak abis lagi..nak minx segan pulak..
pas tu ak pown minx cite korea tu kat cousin ak ngn muke slambe..
hahaha..tau x sblm ak dapat cite korea tu ak dapat ape?
"KENA PERLI"..segan dowh..!!
kate xlayan cite korea..??
hahah kena sebijik..tp cite tu ak dapat ar..
JANJI AK DAPAT CITE TU..
then now baru ak tau kenape housemate n member-menber ak yang lain suke tgk cite korea..
bagi ak jalan cite korea nie different with others drama or movie..
cite korea ade jalan cite dia yang interesting but not like malay drama or movies..
kite dah boleh teka pe yg akan jadi lps tu..
bkn nk komen drama or movie yang kite ade..
tp tu la kenyataan..sometimes we have to try something new right?
from my opinion cite korea "HEARTSTRING BEST"..
LASTLY..klo kowg dgr lagu kat blog ak nie..
tu lagu dalam cite nie..ENJOY..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...