ReaLiTi SebUah KeHiduPan



Click here for Myspace Layouts

Monday 31 December 2012

#18 Syukur Alhamdulillah

Bismillahirohmanirohim..
Assalamualaikum wbt..

pertama skali ucapan syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi kerana aku masih diberi kesempatan,ruang serta peluang untuk meneruskan hidup...
syukur segala puji bagi Allah swt kerana memberi aku nikmat untuk kali kedua untuk aku merasai serta menghargai hidup dan menikmati segala kenikmatan Allah swt didunia ini..
terasa "ibarat mati hidup semula"..itulah ungkapan yang dapat aku terjemahkan..
pengalaman yang lepas mengajar aku betapa nikmatnya aku dapat bernafas semula pabila suatu tika dahulu aku merasa dunia gelap..
SubahanaAllah maha suci bagi Allah yang mencipta langit dan bumi..
tiada 1 kuasa pun yang dapat menandinginya..

pengalaman operation jantung dan injap berlubang adalah pengalaman yang paling pahit dalam hidup aku..
pengalaman telah mengajar aku erti menghargai sisa-sisa hidup yang tinggal..
kerana hidup cuma sekali mati kekal buat selama-lamanya..
semoga aku tidak lalai dalam menempuh dihari yang akan datang..
semoga kita sama-sama sedikit sebanyak dapat iktibar serta pengajaran daripada kisah dan pengalaman aku ini..
segala pengalaman pahit pada tahun 2012 nie engkau pergi la sejauh mungkin..
aku tak nak engkau datang lagi..semoga pada tahun baru ini memberi aku kegembiraan,ketenangan dan mendorong aku melakukan perkara-perkara yang baik dan berfaedah..semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dunia akhirat dan semoga kita semua sentiase dilindungi dan hidup diredhai..Amin..

selamat tahun baru kepada semua..
semoga di tahun baru ini kita sama-sama berubah menjadi yang lebih baik..InsyaAllah..
itu sahaja entry aku untuk kali ini..
InsyaAllah jumpa lagi..Assalamualikum..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...