ReaLiTi SebUah KeHiduPan



Click here for Myspace Layouts

Friday 8 February 2013

#26 Adik Adam Syukri Telah pergi dijemput Illahi..

Assalamulaikum wbt..
salam Jumaat kepada semua pembaca blog Realiti sebuah Kehidupan..

"engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri..tapi cukup menghiburkan hati ini.."
itulah ungkapan yang dapat diterjemahkan kepada Insan yang bernama AHMAD ADAM SYUKRI atau nama panggilannya ADIK ADAM, yang lahir pada 4 March 2012...seorang ibu NORAISYAH MD MALENA yang begitu tabah dan setia menjaga adik adam sejak lahir lagi hingga akhir hayatnya..

kini hanya tinggal kenangan kerana adik adam telah pergi mengadap illahi untuk selama-lamanya..kita semua turut merasai kepergian arwah adik adam yang difahamankan mempunyai masaalah kesihatan iaitu BRAIN DAMAGED (SERVE Hypoxic Ischemic Encephalopathy)...atau lebih dikenali sebagai KEROSAKAN PADA SARAF OTAK...adik adam lahir secara vacuum pada 4/3/2012 dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen..SCAn MRI menunjukkkan otak Adik Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adik Adam tidak pandai menelan air liur dan begantung pada sesin oksigen untuk terus hidup. Adik Adam juga turut bergantung kepada suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur kedalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanannya mengalami injured, telinga kanannya tidak dapat mendengar kerana difahamkan telah rosak. Menurut Doktor Pakar Otak, beliau mengesahkan bahawa Adik Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untul berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal adalah tipis. Kematian Adik Adam diklasifikasikan akibat kerosakkan otak dan sebagai kematian saraf otak..


semoga ibu dan bapa (sekeluarga)  Adik Adam tabah mengharungi dugaan ini, semoga arwah Adik Adam ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..AL-FATIHAH


kucupan terakhir daripada ibu yang tersayang kepada Adik Adam Syukri..
tidurlah dengan tenang disana wahai Anakku..


Perjalanan Akhir jenazah Adik Adam Syukri dipangkuan ibunya
(Institut Pediatrik HKL)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...