ReaLiTi SebUah KeHiduPan



Click here for Myspace Layouts

Wednesday 27 February 2013

#30 Lampu tido boleh menyebabkn breast cancer

Assalamualaikum wbt..

hai semua..selamat petang.. :)
hari nie aku nak share some info dengan korang semua..
info yang aku baru dapat tau..and kalau korang dah tau bagus la..
klo tak nak baca tutup mata..!! hahaha..

haaa...hari nie ak nak cerita pasal lampu..
LAMPU TIDO WEYHHH..!!! hahaha gile kejap..
nie aku nak tanye..korang tido bukak lampu ke tutup?errrrr....

kalau aku la kan..aku suka gelap-gelap..baru syokk nak tido..kalau gelap tak bole tido la..tapi ada jugak orang yang tido tak boleh tutup lampu..haish..*(

sebenarnya pasang lampu tido ni TAK ELOK or TAK BAGUIH especially to girls and women
nak tau sebab dia??bace la kat dalam article kat bawah tu..ak mls nak tulis..


dah habis bace belom?
TAK PECAYA LAGI???
nah ambik nie, research daripada oversea..
klik kat..>>> sini

haaa skang cam mane? mesti dah caya kan3x?
kalau tak pecaya jugak LANTAK..!!
ok tu je entry aku kali nie..

***mencegah lebih baik daripada mengubati

sekian peace..(o_^)v

Sunday 24 February 2013

#29 Ziarah

Assalamualaikum wbt..

(gambar hiasan)

hye selamat malam semua..
how was your weekend? awesome? boring?
its ok at least we had something to be done..
syukur Alhamdullah my health getting better..hope you guys also great InsyaAllah..
so, for this weekend actually i'm not done anything special...sabtu aku x buat ape-ape pown..just lepak kat rumah..tapi hari nie aku sempat jalan ke rumah kawan parents aku (kwn masa g buat Haji last year)..aku dgn family g ziarah pak cik tu dgn isteri dia dekat one utama..isteri kwn ayah aku nie sakit..isteri dia sakit punca ketumbuhan luar jantung..tapi doktor pown actually x sure ape masalah and penyakit mak cik tu sebenarnya..(aku serik betul bile dengar orang sakit2 nie..TRAUMA..!!!) but now mak cik tu buat chemotherapy..xtau la pulak berapa kali dalam seminggu..kimo nie tau-tau je la..aku dengar orang kata sakit..and sape yang x tahan tu..xtau lah nak cakap..tengok mak cik tu punya tangan habis bengkak-bengkak macam aku dulu..haishh..bila tengok orang sakit nie aku teringat pulak time aku masuk hospital..and aku tau ape yang dorang rasa..so tu je lah activity for this weekend..so hope mak cik tu get well soon..InsyaAllah sama-sama kita doa kan kawan parents aku nie cepat sihat..Amin 

Rasulullah SAW bersabda:-
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” ( Riwayat Muslim )

barang siapa sesiapa umat manusia yang mendoakan kebaikan untuk orang lain..maka para malaikat juga akan mendoakan kebaikan kepada mereka.

untuk pengetahuan lebih lanjut sila klik>>>  sini



Wednesday 20 February 2013

#28 Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum wbt..


nie gambar family and cousin-cousin aku..seronok gather ramai-ramai (walaupun tak berapa ramai ) we had great weekend with all of them..kebetulan last week ade kenduri then lps je habis kenduri straight g keramat rumah cousin..kebetulan dorang pon ada kenduri jugak..aktiviti malam pulak kitorang semua keluar makan dekat keramat..not bad la makanan kat sana..harga berpatutan and takda mahal sangat..tempat kedai makan tu dekat belakang felda..so korang bole la try..
ok..tu je entry yg ak nk share dgn korg..
thanks for reading..
bye :)

Saturday 16 February 2013

#27 ohh weekend

Assalamualaikum wbt...
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْمْ

hello to all my dear friends..
ape cer weekend nie?
ade activiti yg best2 tak?
wish all of you have had a great weekend..
time to relax and enjoy the hold of weekend..



hari nie aku nak p kenduri nie kat bangi..
spe ade kenduri same dengan ak?
hati-hati dijalan raya..makan puas..hahaha..
ok bye.. :)

Friday 8 February 2013

#26 Adik Adam Syukri Telah pergi dijemput Illahi..

Assalamulaikum wbt..
salam Jumaat kepada semua pembaca blog Realiti sebuah Kehidupan..

"engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri..tapi cukup menghiburkan hati ini.."
itulah ungkapan yang dapat diterjemahkan kepada Insan yang bernama AHMAD ADAM SYUKRI atau nama panggilannya ADIK ADAM, yang lahir pada 4 March 2012...seorang ibu NORAISYAH MD MALENA yang begitu tabah dan setia menjaga adik adam sejak lahir lagi hingga akhir hayatnya..

kini hanya tinggal kenangan kerana adik adam telah pergi mengadap illahi untuk selama-lamanya..kita semua turut merasai kepergian arwah adik adam yang difahamankan mempunyai masaalah kesihatan iaitu BRAIN DAMAGED (SERVE Hypoxic Ischemic Encephalopathy)...atau lebih dikenali sebagai KEROSAKAN PADA SARAF OTAK...adik adam lahir secara vacuum pada 4/3/2012 dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen..SCAn MRI menunjukkkan otak Adik Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adik Adam tidak pandai menelan air liur dan begantung pada sesin oksigen untuk terus hidup. Adik Adam juga turut bergantung kepada suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur kedalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanannya mengalami injured, telinga kanannya tidak dapat mendengar kerana difahamkan telah rosak. Menurut Doktor Pakar Otak, beliau mengesahkan bahawa Adik Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untul berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal adalah tipis. Kematian Adik Adam diklasifikasikan akibat kerosakkan otak dan sebagai kematian saraf otak..


semoga ibu dan bapa (sekeluarga)  Adik Adam tabah mengharungi dugaan ini, semoga arwah Adik Adam ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..AL-FATIHAH


kucupan terakhir daripada ibu yang tersayang kepada Adik Adam Syukri..
tidurlah dengan tenang disana wahai Anakku..


Perjalanan Akhir jenazah Adik Adam Syukri dipangkuan ibunya
(Institut Pediatrik HKL)

Wednesday 6 February 2013

#25 Rindu Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt...



Bismillah..
Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk memijakkan kaki ke tanah suci mekah untuk merasa segala nikmat dan kebesaranmu disana.sesungguhnya aku teringin untuk melawat tempat-tempat suci dan menziarahi makan Nabi Muhammad SAW..Ya Allah engkau limpahkan rahmat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW..Ya Allah temukan aku bersama kekasihmu Nabi Muhammad SAW..Sesungguhnya aku merindui baginda..Ya Allah engkau peliharalah imanku, berikanlah aku sentiasa memuji kebesaranmu dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW..

Ya Allah..engkau ampunkan lah dosa kedua ibubapaku, segala dosa-dosaku,segala dosa-dosa adik-beradikku, dan dosa-dosa seluruh umat islam..Ya Allah..dorongkan lah kami kejalan yang benar, jalan yang engkau redhai. janganlah engkau beri kami jauh menyimpang lupa leka dan lalai dengan kenikmatan dunia..Ya Allah engkau berikanlah kami sentiasa mendekatkan diri kepadamu..engkau jauhkanlah kami terjerumus serta kesesatan dengan maksiat dan kufur kepadamu...Ya Allah engkau berikanlah ketenangan kepada kami dan permudahkan lah segala urusan kami.

Ya Allah engkau lindungi dan jauhkanlah kami daripada bisikan dan gangguan syaitan yang direjam..Ya Allah..engkau jauhkan lah kami daripada segala bencana dan malapetaka, berikanlah kesihatan yang panjang kepada kami dan jauhkan lah segala penyakit kepada kami..Ya Allah engkau jauhilah kami daripada azab seksa api neraka dan alam barzakh..Amin Yarobal A'lamin


Ya Rasulullah SAW..
sesungguhnya aku mencintaimu dan merinduimu selalu..


Sholawat-Nabi-Muhammad-SAW

perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW..
sesungguhnya Nabi Muhammad SAW akan diberitahu ada manusia berselawat baginda..

Sunday 3 February 2013

#24 Muhasabah Diri - Kasih Nabi Muhammad SAW ketika dijemput Malaikat Jibril

Assalamualaikum wbt..
selamat malam kepada semua pembaca blogger "Realiti sebuah kehidupan"..
entry kali ini aku nak sentuh pasal kisah nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW..
walaupun Nabi Muhammad SAW telah pergi tinggalkan kita buat selama-lamannya..
walaupun kita belum pernah atau sempat berkenalan atau bertemu dengan baginda..tetapi kita mesti tau yang baginda sungguh cinta, kasih dan sayang kepada kita semua..SubahanaAllah..

aku tulis entry nie bukannya aku nak cakap yang aku nie baik sangat..kasih nabi nie sebenarnya untuk peringatan dan catatan untuk diri aku sendiri..aku tulis entry nie untuk sama-sama kita muhasabah diri dan InsyaAllah sedikit sebanyak dapat share dengan rakan-rakan lain..mungkin ada diantara kita semua nie banyak dengar cerita atau kisah2 Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul time sekolah dulu..tapi tu semua time sekolah (mungkin belas and puluh-puluh tahun dulu)..mungkin jugak ade yang masih ingat dan ade yang dah lupa lapok dek usia..mungkin ada jugak antara kita yang dah jauh menyimpang..aku pown rasa makin jauh dengan ilmu agama..


Nabi Muhammad SAW ialah nabi utusan Allah yang terakhir untuk seluruh umat manusia..baginda juga ialah pelengkap kepada para Nabi dan juga para Rasul..
Jom kita sama-sama menghayati betapa kasihnya nabi Muhammad SAW terhadap umatnya..
SubahanaAllah..

( sumber video daripada youtube dan disampaikan oleh ustaz Don)



tersentuh hati bila mendengar kisah Nabi Muhammad SAW yang dijemput Malaikat Jibril..tak dapat kita bayangkan betapa perit dan sakitnya Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW ketika dijemput Malaikat Jibril..baginda SAW sanggup menanggung kesakitan untuk seluruh umatnya..walaupun Nabi Muhammad SAW dalam kesakitan tetapi baginda masih memikirkan tentang kita umatnya..Malaikat Jibril menjanjikan syurga terlebih dahulu kepada kita semua umat Nabi Muhammad SAW dan terpancar senyuman diwajah Nabi Muhammad SAW..SubahanaAllah..betapa kasihnya Nabi Muhammad SAW kepada umatnya..
renung-renungkan dan selamat beramal..

mohon maaf jika ade yang terasa hati..entry kali ini sekadar muhasabah diri..akhir kata perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW..
sekian entry aku untuk kali nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...