ReaLiTi SebUah KeHiduPan



Click here for Myspace Layouts

Tuesday 26 March 2013

#35 Mutiara Doa

Assalamualaikum wbt..
korang ape khabar?
harap semua sihat dan diberkati Allah swt...InsyaAllah..

hari ni aku ade terbaca satu artikal drp harian metro dan aku pon rasa mcm tertarik untuk share dengan korang semua..

artikal nie tentang "Mohon doa dalam apa jua keadaan"

Ayat 60 daripada Surah Mukmin yang bermaksud

"Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kamu kepada-ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada- ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina"

(surah Al-Mukmin ayat 60)

daripada firman Allah swt, menggalakkan kita supaya memohon sesuatu dengan berdoa kita kepada yang Maha Kuasa dalam apa jua keaadaan, lebih-lebih lagi ketika menghadapi masalah,dihimpit kesusahan,ditimpa perasaan hiba dan dukacita,malah diserang musuh yang tidak disangka-sangka.


Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

1. Doa ketika berdepan musuh

"Ya Allah..sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Ya Allah..engkaulah pembantu kami dan engkaulah penolong kami. Dengan pertolongan engkaulah kami berperang. Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan hanya padamu sajalah sebaik-baik penolong."

2. Doa ketika ditimpa bencana

"Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah swt yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah , Tuhan Arasy yang mulia..Ya Allah, demi rahmat-Mu aku memohon, maka janganlah Engkau srahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan permudahkanlah segala urusanku keseluruhannya. tiada Tuhan yang layak disembah melainkan engkau Ya Allah..

Tuesday 5 March 2013

#34 Ciuman seorang ibu


Assalamualaikum wbt..


SubahanAllah..!!!
betapa mulianya ibu kita..
hanya dengan ciumannya sahaja dapat menggugurkan dosa kita..

***kalau tak silap aku pernah juga dengar jika kita tatap muka ibu kita mendapat pahala, bercakap dengan ibu juga mendapat pahala..jasa ibu sungguh besar yang tidak ternilai dan tidak terbalas..

terdapat juga kisah pada zaman Rasulullah SAW..dimana seorang lelaki bertanyakan kepada Baginda Rasulullah SAW

"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?
Rasulullah SAW menjawab "IBUMU"

kemudian lelaki itu bertanya lagi, siapa selepas ibu ku?
"IBUMU"

kemudian selepas itu?
"IBUMU"

kemudian selepas itu?
" BAPAMU"

untuk info lebih lanjut sila klik>> sini

sebanyak 3 kali Rasulullah SAW menyebut nama ibu..
betapa pentingnya ibu didalam hidup kita..
sayangilah ibu kita sementara masih ada..

***SAYA SAYANG IBU SAYA***

YA ALLAH, JADIKANLAH AKU SEORANG ANAK YANG SOLEH, ANAK YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN KEDUA IBU BAPAKU..AMIN


sekian...!!!!

Monday 4 March 2013

#33 Pewira Negara

Assalamualaikum wbt..

selamat tengahari semua pembaca blog...

aku rasa ramai d'antara kita yg dah tau yang negara kita sedang dilanda krisis disabah..
setakat ini angka yang telah terkorban seramai 6 orang..senarai seperti berikut..



Ya Allah..
engkau berkatilah para pejuang tanah air kami ini..
jasa murni meraka sangat besar Ya Allah untuk mempertahankan negara tercinta..
engkau lindungilah pejuang-pejuang kami daripada sebarang kesulitan 
dan engkau permudahkan lah segala urusan mereka disana..
semoga mereka semua selamat pergi dan selamat pulang..Amin..

Al-Fatihah kepada pejuang yang telah pergi ke rahmatullah..
terima kasih yang tidak terhingga kepadamu..jasamu dikenang..
semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Amin..

Sunday 3 March 2013

#32 Genap setahun arwah we

Assalamualaikum wbt..
selamat malam semua..

gambar raya kali terakhir arwah
(sebelah ialah isteri)

gambar arwah kali terakhir datang kerumah aku..

td aku tengok berita tv3 then dkt nk habis tu tv3 ade tunjuk video wanita selamat daripada dilanggar TRAILER... 
tersentap aku tengok video tu.. !!!

ngeri aku tengok dan syukur Alhamdulillah wanita tu selamat..
disebalik video tu ade kisah arwah pak cik aku pernah dilanggar trailer tahun lepas..
tapi bila tengok video tu..

tiba-tiba teringat dekat arwah pak cik aku (mokhtar) atau nama panggilannya WE yang meninggal dunia akibat dilanggar trailer juga dibota kiri perak tahun lepas..hari inil 3/3 genap setahun arwah pak cik aku pergi untuk selama-lamanya..arwah pak cik aku ialah merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik..kehilangannya membuatkan opah aku sayu dan terkejut dengan kepergiaannya dengan tibe-tibe..sebab arwah pak cik aku time tu baru je lepas hantar makanan kerumah opah aku..sebab pada hari tu ada buat sambutan maulidur Rasul dimasjid bota kiri dan pak cik aku nie dia menjadi siak masjid dan rajin menghantar makanan kepada rumah atuk dan opah aku..

lepas je hantar makanan ke rumah opah aku keluar daripada simpang dan tak semena-mena beliau dilanggar oleh trailer..betul-betul simpang masuk kerumah dia..time tu semua ahli keluarga kitorang sedih tak tau nak cakap especially opah aku la sbb baru berapa minit jumpa dengan arwah..sampai sekarang kalau opah aku dengar nama arwah menagis..kitorang semua sentiase ingat kn we..kami sekeluarga doa semoga arwah we @ mokhtar tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Amin..

Friday 1 March 2013

#31 Renungan Bersama..



Assalamualaikum wbt..

salam Jumaat kepada semua pengikut setia blog "Realiti Sebuah Kehidupan.."
Di hari yang mulia ini jom kita sama-sama perbanyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW yang tercinta..

10x  اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْمْ

entry kali nie aku tulis just untuk muhasabah diri...
cuba kita sama-sama merenung sejenak..


"Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. 
Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.
Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. 
Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka.."

Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia dan ada juga yang bahagia tetapi tidak tenang..

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Allah SWT berfirman:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

"Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; iaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT..InsyaAllah.."

Kita mestilah bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan kepada kita semua..Allah SWT telah mengaturkan perjalanan hidup kita dengan sempurna dan teratur dan tidak ada satu pun yang setanding dengan kekuasaan Allah SWT..Ramai dikalangan kita yang sentiasa merungut tatkala musibah atau dugaan yang melanda diri..dan pabila rezeki datang melimpah ruah adakah kita bersyukur dengan atas segala nikmat yang diberi? 

kita sebenarnya leka dengan kemewahan dunia..dan kita juga tidak sedar dengan kemewahan yang tidak terhingga dikurniakan kepada kita iaitu "nikmat kesihatan"...Ramai diantara kita yang terlepas pandang akan nikmat yang tidak terhingga ini kerana ia bukanlah sesuatu bentuk yang nyata..TAPI kita harus ingat..!!! adakah kemewahan wang ringgit, pangkat dan darjat itu dapat membeli nikmat kesihatan?
adakah kita pernah BERSYUKUR dengan nikmat kesihatan yang diberikan selama ini? bersyukurlah dengan apa yang kita...sujudlah syukur  dan berterima kasihlah kepada Allah yang Maha Esa..

***kita belum terlambat untuk berubah..
lupakan apa yang telah berlaku semalam..
ambil setapak kedepan dan mulakan hidup yang baru..
sekian 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...