ReaLiTi SebUah KeHiduPan



Click here for Myspace Layouts

Tuesday 12 July 2011

Lumrah



Satu kebahagian yang dicari dalam hidup yang fana ini
menjadi satu penantian yang tidak tahu kesudahannya
keinginan membuat kita terus berusaha untuk mencapai sesuatu
setiap kehidupan ada dukanya yang tidak dapat kita jangka
aku berharap dapat menghadapi setiap duka yang melanda
setiap suka yang tercipta akan ku jadikan cahaya menerangi hidup ini
ketika kehadiran satu bintang yang tidak dijangka
ianya menjadi pelangi menghiasi tiap hari hidup ini
luka-luka lama kian terubat dengan kehadirannya
hari demi hari kerinduan mula terukir untuk dirinya
adakah ini satu kebahagian
benarkah itu Cinta
masih aku mencari jawapannya
satu kemahuan yang sukar untuk aku miliki
tapi tidak semudah itu untuk aku mengalah
tidak akan aku terus pergi melepaskannya
mungkin ini telah tertulis mungkin ini takdirnya
satu kisah cinta yang terhasil antara duka dua jiwa
dapatkah dia merasakan apa yang telah aku rasakan kini
harapan ak taburkan untuknya yang tidak aku tahu hujungnya
mungkinkah ini melodi yang aku cari selama ini untuk aku nyanyikan
lagunya
jika dia benar milikku dan suratan ini ynag telah tertulis untuk diriku
akan aku lakukan semampu diriku untuk semua keinginannya
melodi terindah terhasil dari keikhlasan dan kebijaksanaan penciptanya
kebahagian yang dicari hanya mampu tercipta kerana cinta antara dua
jiwa
setiap apa yang aku hasilkan akan sentiasa menjadi warna hidupku
Aku akan sentiasa hasilkannya kerana ini cahaya hidupku
Dan aku hanya satu tiada yang kedua

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...