Assalamualaikum wbt..
korang ape khabar?
harap semua sihat dan diberkati Allah swt...InsyaAllah..
hari ni aku ade terbaca satu artikal drp harian metro dan aku pon rasa mcm tertarik untuk share dengan korang semua..
artikal nie tentang "Mohon doa dalam apa jua keadaan"
Ayat 60 daripada Surah Mukmin yang bermaksud
"Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kamu kepada-ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada- ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina"
(surah Al-Mukmin ayat 60)
daripada firman Allah swt, menggalakkan kita supaya memohon sesuatu dengan berdoa kita kepada yang Maha Kuasa dalam apa jua keaadaan, lebih-lebih lagi ketika menghadapi masalah,dihimpit kesusahan,ditimpa perasaan hiba dan dukacita,malah diserang musuh yang tidak disangka-sangka.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
1. Doa ketika berdepan musuh
"Ya Allah..sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Ya Allah..engkaulah pembantu kami dan engkaulah penolong kami. Dengan pertolongan engkaulah kami berperang. Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan hanya padamu sajalah sebaik-baik penolong."
2. Doa ketika ditimpa bencana
"Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah swt yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah , Tuhan Arasy yang mulia..Ya Allah, demi rahmat-Mu aku memohon, maka janganlah Engkau srahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan permudahkanlah segala urusanku keseluruhannya. tiada Tuhan yang layak disembah melainkan engkau Ya Allah..
No comments:
Post a Comment