Assalamualaikum wbt..
salam Jumaat kepada semua pengikut setia blog "Realiti Sebuah Kehidupan.."
Di hari yang mulia ini jom kita sama-sama perbanyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW yang tercinta..
10x اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْمْ
entry kali nie aku tulis just untuk muhasabah diri...
cuba kita sama-sama merenung sejenak..
"Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah.
Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.
Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya.
Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka.."
Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia dan ada juga yang bahagia tetapi tidak tenang..
Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?
Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
"Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; iaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT..InsyaAllah.."
Kita mestilah bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan kepada kita semua..Allah SWT telah mengaturkan perjalanan hidup kita dengan sempurna dan teratur dan tidak ada satu pun yang setanding dengan kekuasaan Allah SWT..Ramai dikalangan kita yang sentiasa merungut tatkala musibah atau dugaan yang melanda diri..dan pabila rezeki datang melimpah ruah adakah kita bersyukur dengan atas segala nikmat yang diberi?
kita sebenarnya leka dengan kemewahan dunia..dan kita juga tidak sedar dengan kemewahan yang tidak terhingga dikurniakan kepada kita iaitu "nikmat kesihatan"...Ramai diantara kita yang terlepas pandang akan nikmat yang tidak terhingga ini kerana ia bukanlah sesuatu bentuk yang nyata..TAPI kita harus ingat..!!! adakah kemewahan wang ringgit, pangkat dan darjat itu dapat membeli nikmat kesihatan?
adakah kita pernah BERSYUKUR dengan nikmat kesihatan yang diberikan selama ini? bersyukurlah dengan apa yang kita...sujudlah syukur dan berterima kasihlah kepada Allah yang Maha Esa..
adakah kita pernah BERSYUKUR dengan nikmat kesihatan yang diberikan selama ini? bersyukurlah dengan apa yang kita...sujudlah syukur dan berterima kasihlah kepada Allah yang Maha Esa..
***kita belum terlambat untuk berubah..
lupakan apa yang telah berlaku semalam..
ambil setapak kedepan dan mulakan hidup yang baru..
sekian
No comments:
Post a Comment